okey, seryes dah bapak lame xupdate blog.. ye, memg tiada pembaca tegar xperlu dikobarkan.. sy faham.. tapi harini aku buat entri ni sebab.. aku tengah jiwa kacau rite now.. badan makin debab time cuti but deep on my heart i want 2 match every clothes in my wardrobe so it will look uniquely when i wear it! hohoho.. gile melampau punye cita2.. tapi seryesli skarang ni passion aku ialah mencari baju2 lame era kakak-kakak aku time remaje dulu den pakai balik so dat dah xyah beli baju2 bandle dah.. naturally klassy. but like usual.. ade 2 je masalah utama kat sini.. pilihannya adalah ;
so, masalah-masalah inilah yang membuatkan kadang-kadang terpakse gak pow duet ayah untuk membeli pakaian.. hahahaha..
But acely tadi pas maghrib aku try godek2 rak baju kurung sebab nak carik baju yang sesuai pakai nak gi kenduri kawen umah mmber mak n ayah yang dah lame xjumpe haruslah pakai bagi cantek, selalu dalam drama melayu kan nanti kawan lame jumpe den matchmakerkan anak masing-masing pastu kawen happily ever afta macam adamaya.. YAYY!!..ok, kembali ke topik asal. so, aku terjumpe sepasang baju kebarung ke kebaye entah kaler merah mak ngah den tros jatuh cinta. seryes!! aku rase ni baju time kakandak aku umo remaje-remaje among 15-18 kot.. now she's 28.. season gile.. lagi suke!haha.. aku pakai baju..OK, FIT.. den beralih ke kekain pule... K.O, PANJANG + SEMPIT.. bak kate nazri.. DEM!. aku memang nak pakai baju ni.. MAHU GILEGILE!! so, aku pon tryla matchkan dengan kain batik mak.. haha.. ni hasilnye..
uppss.. sori. tErlebih menonjol dengan flash.. CORRECTION PLEASEEE..
p/s; ade 2 kegelisahan buat entri ni.. 1. takut housemate aku terpegun dengan kejelitaan semulajadi aku.. of kos pasni mereka akan gosip bagai! haha 2. aku xtau nak pakai kain batik tu camne nanti.. terlondeh kang dah jatuh saham..waa!!!
ok, even hari-hari since stat cuti skola sampai skarang ni memang aku tukang masak kat rumah, tapi menu yang orang rumah aku terpaksa telan lebih kurang sama je.. simple + sempoi + malas + xbanyak masa nak masak = sambal ikan, ayam masak tomato, asam pedas, asam rebus, telur hancur dan juge sardin. hahahaha.. walaupon korang akan berkate "uishh.. kire hebat r tuh! (hahaha.. ngaku jela) namun begitu, keenakan masakanku yang simple ini tetap menjadi buruan especially tentera-tentera kerdil di rumah. ye, aku memang riak skarang sebab.. aku kurang rest weh! hasrat dan impian untuk bekerja bagi mengumpul dwet enjoy sem depan pon aku da tolak tepi gara-gara jadual harian yang sama dan padat dan bosan dan sungguh mak-mak.
ko bayangkanla skarang ni lepas subuh da tak tido (konfem housemateku kagum lantas menitiskan airmata keharuan).. lepas solat teros gi dapo tolong kemas-kemas sket, tolong omma buat sarapan (ok, ni kadang2), kejut budak2 suh sambung tido kat bilik sambil pakse dyorang kemas tilam dulu sebab heyy, kau hengat aku ni bibik??! sendiri tido sendiri kemasla! hahaha..kemas rumah, sapu sampah, tengok tv jap den tros masak tengahari, lepastuh melelapkan mata untuk tenaga di waktu petang dan malam, kadang2 buat minum petang, den malam jadik cekgu tusyen, den kemas dapo balik, den pakse anak2 semua tido pastu jadik sungguh kejam dan angker gi tutup tv time dyorang tengok sebab nak tunjuk kuasa seorang makcik.. den last but not least.. TIDO! so, korang nilaila sendirik tahap kebosanan aku ni.. dengan jadual yang same cume kadang2 tukar sket iaitu penambahan anto anak2 dan mak mereka ke klinik ataupun menggebang ngengade ikot mak dan ayah pegi bukit gambir semate2 nak pegi pasaraya kini.. hahaha. aku pasrah ouwhh..tapi, korang perasan tak aku da keluar tajuk? eishh, lupe plak ni bukan entri pasal anis. ngee.. sori yep anis!
so, kembali kepade tajuk entri ini. punca utama aku menggagahkan diri yang sungguh bizi ini untuk menulis entri bagi mengubat kerinduan korang adalah kerana.. harini baru aku betol2 sedar yang aku bukanlah seorang yang hebat dalam memasak. before ni self esteem aku adelah tinggi sket sebab aku rase kalo aku masak maen campak2 pon sedap padahal lepastu bapak aku xmo sentuh pon lauk berkenaan.. huuukk~ bak kate hentak belipat, self esteem yang tinggi kadang2 membawa masalah juge. so aku memang betol2 merasainya skarang.. hahahaha.
2 peristiwa yang paling suwey tentng masakan aku adalah, 1st, time nak masak lunch.. konon nak masak tenggiri bakar.. tapi dengan bodoh sombong xmo tanye mak aku, tros jek membuang kulit tenggiri berkenaan dan hampir sahaja menyalakan api untuk membakar kalian semua..namun begitu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, omma sempai sejurus sebelum ikan tersebut dan aku sendiri menjadi mangsa, dan omma teros menukar menu kepada.. IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI. ye, memang agak hebat penukaran menu berkenaan, kerana omma yang sediakan semua bahan, aku tukang masak jek.. hahaha
peristiwa 2 ialah hasrat nak buat kek.. haha.. lagi satu bajet. aku tak pernah buat kek ok! tapi dengan belagaknye aku menghebahkan kepade semua warga rumah dan menolak semua pertolongan yang ditawarkan. bagi mengelakkan diri ini diganggu oleh tentera-tentera kerdil, aku siap memberikan tugasan bahasa inggeris untuk mereka dan hasilnye?? hahaha.. semuanya aku sumbangkan kepada bakul sampah. sedih wey!! lagi bengkek bile sorang2 askar datang dapo tanye pasal kek. ha, cantik je aku halau semua gi depan.. sian dyorang..
so, itu je acely citer tok entri ni. bapak aku pesan tadi, jangan sedih, cuba lagi.. tapi dalam hati aku da kate cmni.. penat + marah + leceh = give up! biola orang lain je amek bidang ni.. bukan aku kot. aku tukang kritik bolehla.. hohoho
p/s : aku dah hilang rase nak kawen wahai kawan2, bapak aku pesan suh anta beliau pegi umrah dulu. so, bajet2 nak beli kete, beli rumah, gi umrah ngan parent.. hurmm... maybe lepas pHd kot aku kawen.. hohoho. dan lagi satu, bapak aku tengok citer dalil cinta yang fahrin dan amani belakon dan dengan serta merta beliau tidak mengizinkan aku kawen awal.. sekian~
okey, ketika bace entri fad tentang beliau gelenyar nak menikah, aku sedang cungkil gigi sambil tersenyum. hellow fad, gua dah pikir dulu kot nak menikah.. lu mane bley potong weh!!!haha.. so, mcam yang aku dah gtau korang dalam entri lepas klik sinun (bajet femes semua orang bace.. haha), cuti skolah ni aku nak tanye parent aku tentang hasrat dan impianku untuk berkahwin. sebagai langkah tidak terlalu menonjolkan hati yang dah gatal bebenor aku pon juz bagi kiasan2 sket kat mak aku.aku cerita pasal tunang je dulu.. step by step bro.. jangan gelojoh! hoho.. berikut ialah diantara dialog perbualan kami.
kejadian berlaku ketika sesi masak memasak di dapor rumah mak saye.. sebab xde mak mertua lagi..
syikin cantek: mak, kalau baye2 syikin ni nak bertunang mak rase ok x? mak syikin cantek: eh, dah besar kan.. tunang jela (nada cool sambil kopek bawang) syikin cantek: ouwh.. hehe.. abeh kalo syikin nak bertunang mak bagi x? ( aku senyum ok time ni.. senyoom!!!) mak syikin cantek: ko nak tunang ngan sape? (kening dah naik sedikit sambil merenung tajam) syikin cantek: eh, xdela. ckap je.. syikin xde calon pon.. sebab member2 sume macam nak bertunang dulu taun depan.. yang nak kawen hujung taun ni pon ade.. huu mak syikin cantek: ko jangan sebab nak bertunang main ambik je mane2 lelaki. syikin cantek: xlah.. mak carikan syikinla ek.. hoho.. ermm.. mak, memang baye2 syikin ni rase nak kawen ke ek? sebab.. syikin nak kawenla mak.. (kebaboommmm!! gile kau? aku dah bagitau mak aku direct punye weh!! AKU NAK KAWEN) mak syikin cantek: siape nak minang ko ni? ishh.. habiskan blaja dulu. kalau gatal sangat berenti balajo.. jangan jadi macam anak cik ayob tu baru 19 taun xmo balaja sebab nak kawen syikin cantek: tapi.. budak tu memang xminat blaja pon mak.. mak syikin cantek: yela, dah ingat nak kawen aje.. syikin cantek: tapi.. erkkk?? (time ni aku dah gaul sambal seikhlas hati.. redha.. wawawa)
selepas kejadian ini, aku still curik2 bagi hint kat mak aku pasal kawen.. bagiytau nak pegi kenduri kawen umah seniorla.. tnjuk anak senior yang baru bersalin.. tanya kriteria lelaki yang bleh lulus jadik menantu dan sebagainye.. dan lastly mak aku pasan gak sebab dye ade cakap cmni.. " kawen, kawen.. ko dah gatal sangat nak kawen ke?" hahaha.. agak2 kalau aku cakap "ye mak!" mak aku baling pisau tak kat kepale ni?
haha.. senang je soalan ni.. . jawapannye?? korang tengok dulu gambar ni den pikir jawapan paling menjage hati aku ok! hahaha
percubaan 1
percubaan 2
gambar sebenar sepatutnye
hasil tangan gua babe!!
perhh.. xtahan tengok kreativiti aku.. haha
p/s: aku takut nak beli menatang ni sebab takut mahal n paling penting takut failed tampal.. haha.. disebalik gambar yang indah permai ni acely tersembunyi banyak kesan2 koyak .haha.. so, jawapan untuk diriku sendiri ialah.. YA, SAYA MEMANG KREATIF LAGI BERBAKAT.. NO DOUBT~!
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG.. kitorang dah plan nak pegi tempat ini sejak piknik kat ULU CEPOR lagi.. almost a month gakla plan ini tertunda-tunda oleh kerana sebab-sebab berikut;
tak tau jalan
rase cam jaoh sangat
prefer pegi jusco tengok wayang + bowling
tido lebih enak
esaimen +++ exam!!!!
jadik diringkaskan cerita, lepas je abes paper pj yang gilegabanrosakminda, keesokan harinya pule kami kene datang lagi ke maktab untuk last music class with encik asri,.. bincang2 ala kadar den pukul 11 boleh bergerak pulang. kitorang teros gerak pegi SALOMA kedai makan rasmi kami dan meneruskan perjalanan ke MEDAN GOPENG untuk membeli sebarang dua tiket untuk pulang ke kampung esok hari. selesai membeli tiket, kitorang tros menguatkan semangat untuk mencari juge GUNUNG LANG sehingga berjaya. ye, telah terjadi satu peristiwa dimana CHE NORIZAWATI telah terlupe memakai helmet sehingga ke traffic light dan mereka iaitu che dan nad kembali semula ke medan gopeng untuk mengambil dan memakai semula helmet tersebut.. hahaha.. jahatnye aku!! sori che! den kitorang gerak+ sesat + tunggu nadh + bla..bla.. finally sampai juge ke TAMAN REKREASI GUNUNG LANG.
wohoO.. seryesly most of them memang betol. so, check it out guys!! especially to whom yang dah ade special girlfrendla.. sendiri pandai pahamlah yek bro~ huhu..
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
p/s : credit to mtd kota lama.. hehe.. aku copy paste jek. so, bagi menambahkan tahap ke'lonely'an aku yang sedih xdapat kawen awal, terimalah lagu ini... cewahh!!!