Monday, November 29, 2010

i am failed cooker

ok, even hari-hari since stat cuti skola sampai skarang ni memang aku tukang masak kat rumah, tapi menu yang orang rumah aku terpaksa telan lebih kurang sama je.. simple + sempoi + malas + xbanyak masa nak masak = sambal ikan, ayam masak tomato, asam pedas, asam rebus, telur hancur dan juge sardin. hahahaha.. walaupon korang akan berkate "uishh.. kire hebat r tuh! (hahaha.. ngaku jela) namun begitu, keenakan masakanku yang simple ini tetap menjadi buruan especially tentera-tentera kerdil di rumah. ye, aku memang riak skarang sebab.. aku kurang rest weh! hasrat dan impian untuk bekerja bagi mengumpul dwet enjoy sem depan pon aku da tolak tepi gara-gara jadual harian yang sama dan padat dan bosan dan sungguh mak-mak.

ko bayangkanla skarang ni lepas subuh da tak tido (konfem housemateku kagum lantas menitiskan airmata keharuan).. lepas solat teros gi dapo tolong kemas-kemas sket, tolong omma buat sarapan (ok, ni kadang2), kejut budak2 suh sambung tido kat bilik sambil pakse dyorang kemas tilam dulu sebab heyy, kau hengat aku ni bibik??! sendiri tido sendiri kemasla! hahaha..kemas rumah, sapu sampah, tengok tv jap den tros masak tengahari, lepastuh melelapkan mata untuk tenaga di waktu petang dan malam, kadang2 buat minum petang, den malam jadik cekgu tusyen, den kemas dapo balik, den pakse anak2 semua tido pastu jadik sungguh kejam dan angker gi tutup tv time dyorang tengok sebab nak tunjuk kuasa seorang makcik.. den last but not least.. TIDO! so, korang nilaila sendirik tahap kebosanan aku ni.. dengan jadual yang same cume kadang2 tukar sket iaitu penambahan anto anak2 dan mak mereka ke klinik ataupun menggebang ngengade ikot mak dan ayah pegi bukit gambir semate2 nak pegi pasaraya kini.. hahaha. aku pasrah ouwhh..tapi, korang perasan tak aku da keluar tajuk? eishh, lupe plak ni bukan entri pasal anis. ngee.. sori yep anis!

so, kembali kepade tajuk entri ini. punca utama aku menggagahkan diri yang sungguh bizi ini untuk menulis entri bagi mengubat kerinduan korang adalah kerana.. harini baru aku betol2 sedar yang aku bukanlah seorang yang hebat dalam memasak. before ni self esteem aku adelah tinggi sket sebab aku rase kalo aku masak maen campak2 pon sedap padahal lepastu bapak aku xmo sentuh pon lauk berkenaan.. huuukk~ bak kate hentak belipat, self esteem yang tinggi kadang2 membawa masalah juge. so aku memang betol2 merasainya skarang.. hahahaha.

2 peristiwa yang paling suwey tentng masakan aku adalah, 1st, time nak masak lunch.. konon nak masak tenggiri bakar.. tapi dengan bodoh sombong xmo tanye mak aku, tros jek membuang kulit tenggiri berkenaan dan hampir sahaja menyalakan api untuk membakar kalian semua..namun begitu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, omma sempai sejurus sebelum ikan tersebut dan aku sendiri menjadi mangsa, dan omma teros menukar menu kepada.. IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI. ye, memang agak hebat penukaran menu berkenaan, kerana omma yang sediakan semua bahan, aku tukang masak jek.. hahaha

peristiwa 2 ialah hasrat nak buat kek.. haha.. lagi satu bajet. aku tak pernah buat kek ok! tapi dengan belagaknye aku menghebahkan kepade semua warga rumah dan menolak semua pertolongan yang ditawarkan. bagi mengelakkan diri ini diganggu oleh tentera-tentera kerdil, aku siap memberikan tugasan bahasa inggeris untuk mereka dan hasilnye?? hahaha.. semuanya aku sumbangkan kepada bakul sampah. sedih wey!! lagi bengkek bile sorang2 askar datang dapo tanye pasal kek. ha, cantik je aku halau semua gi depan.. sian dyorang..

so, itu je acely citer tok entri ni. bapak aku pesan tadi, jangan sedih, cuba lagi.. tapi dalam hati aku da kate cmni.. penat + marah + leceh = give up! biola orang lain je amek bidang ni.. bukan aku kot. aku tukang kritik bolehla.. hohoho

p/s : aku dah hilang rase nak kawen wahai kawan2, bapak aku pesan suh anta beliau pegi umrah dulu. so, bajet2 nak beli kete, beli rumah, gi umrah ngan parent.. hurmm... maybe lepas pHd kot aku kawen.. hohoho. dan lagi satu, bapak aku tengok citer dalil cinta yang fahrin dan amani belakon dan dengan serta merta beliau tidak mengizinkan aku kawen awal.. sekian~

Thursday, November 18, 2010

soalan untuk ibuku~

okey, ketika bace entri fad tentang beliau gelenyar nak menikah, aku sedang cungkil gigi sambil tersenyum. hellow fad, gua dah pikir dulu kot nak menikah.. lu mane bley potong weh!!!haha.. so, mcam yang aku dah gtau korang dalam entri lepas klik sinun (bajet femes semua orang bace.. haha), cuti skolah ni aku nak tanye parent aku tentang hasrat dan impianku untuk berkahwin. sebagai langkah tidak terlalu menonjolkan hati yang dah gatal bebenor aku pon juz bagi kiasan2 sket kat mak aku.aku cerita pasal tunang je dulu.. step by step bro.. jangan gelojoh! hoho.. berikut ialah diantara dialog perbualan kami.

kejadian berlaku ketika sesi masak memasak di dapor rumah mak saye.. sebab xde mak mertua lagi..

syikin cantek: mak, kalau baye2 syikin ni nak bertunang mak rase ok x?
mak syikin cantek: eh, dah besar kan.. tunang jela (nada cool sambil kopek bawang)
syikin cantek: ouwh.. hehe.. abeh kalo syikin nak bertunang mak bagi x? ( aku senyum ok time ni.. senyoom!!!)
mak syikin cantek: ko nak tunang ngan sape? (kening dah naik sedikit sambil merenung tajam)
syikin cantek: eh, xdela. ckap je.. syikin xde calon pon.. sebab member2 sume macam nak bertunang dulu taun depan.. yang nak kawen hujung taun ni pon ade.. huu
mak syikin cantek: ko jangan sebab nak bertunang main ambik je mane2 lelaki.
syikin cantek: xlah.. mak carikan syikinla ek.. hoho.. ermm.. mak, memang baye2 syikin ni rase nak kawen ke ek? sebab.. syikin nak kawenla mak.. (kebaboommmm!! gile kau? aku dah bagitau mak aku direct punye weh!! AKU NAK KAWEN)
mak syikin cantek: siape nak minang ko ni? ishh.. habiskan blaja dulu. kalau gatal sangat berenti balajo.. jangan jadi macam anak cik ayob tu baru 19 taun xmo balaja sebab nak kawen
syikin cantek: tapi.. budak tu memang xminat blaja pon mak..
mak syikin cantek: yela, dah ingat nak kawen aje..
syikin cantek: tapi.. erkkk??
(time ni aku dah gaul sambal seikhlas hati.. redha.. wawawa)

selepas kejadian ini, aku still curik2 bagi hint kat mak aku pasal kawen.. bagiytau nak pegi kenduri kawen umah seniorla.. tnjuk anak senior yang baru bersalin.. tanya kriteria lelaki yang bleh lulus jadik menantu dan sebagainye.. dan lastly mak aku pasan gak sebab dye ade cakap cmni.. " kawen, kawen.. ko dah gatal sangat nak kawen ke?" hahaha.. agak2 kalau aku cakap "ye mak!" mak aku baling pisau tak kat kepale ni?

p/s: sape2 nak kawen ngan aku kene sediakan 4 cincin.. cincin kapel, cincin merisik, cincin bertunang, cincin kawen.. haha.. ade sesape bran x??




kreatifkah aku?

haha.. senang je soalan ni.. . jawapannye?? korang tengok dulu gambar ni den pikir jawapan paling menjage hati aku ok! hahaha

percubaan 1

percubaan 2

gambar sebenar sepatutnye



hasil tangan gua babe!!

perhh.. xtahan tengok kreativiti aku.. haha

p/s: aku takut nak beli menatang ni sebab takut mahal n paling penting takut failed tampal.. haha.. disebalik gambar yang indah permai ni acely tersembunyi banyak kesan2 koyak .haha.. so, jawapan untuk diriku sendiri ialah.. YA, SAYA MEMANG KREATIF LAGI BERBAKAT.. NO DOUBT~!


Sunday, November 14, 2010

penduduk rumah num 2

ok, entri ni juz letak gamba jek.. malas taip cerite banyak2.. gambar passport kami yang lain dari yang lain dan gamba nerd kami ;


FARHANIS a.k.a EMAK


AZAH a.k.a MAK TIRI @ MADU EMAK


CHE a.k.a KAK LONG


NADH a.k.a KAK NGAH


CIKA a.k.a KAK LANG


CIQIN a.k.a BABY


So, inilah watak kami didalam rumah bernombor 2, hehe.. BAPAK?? sori, emak kami pon keliru.. haha.. jadik kami SAYANG SEMUA!!!









ayoh ke Gunung Lang!

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG.. kitorang dah plan nak pegi tempat ini sejak piknik kat ULU CEPOR lagi.. almost a month gakla plan ini tertunda-tunda oleh kerana sebab-sebab berikut;
  1. tak tau jalan
  2. rase cam jaoh sangat
  3. prefer pegi jusco tengok wayang + bowling
  4. tido lebih enak
  5. esaimen +++ exam!!!!
jadik diringkaskan cerita, lepas je abes paper pj yang gilegabanrosakminda, keesokan harinya pule kami kene datang lagi ke maktab untuk last music class with encik asri,.. bincang2 ala kadar den pukul 11 boleh bergerak pulang. kitorang teros gerak pegi SALOMA kedai makan rasmi kami dan meneruskan perjalanan ke MEDAN GOPENG untuk membeli sebarang dua tiket untuk pulang ke kampung esok hari. selesai membeli tiket, kitorang tros menguatkan semangat untuk mencari juge GUNUNG LANG sehingga berjaya. ye, telah terjadi satu peristiwa dimana CHE NORIZAWATI telah terlupe memakai helmet sehingga ke traffic light dan mereka iaitu che dan nad kembali semula ke medan gopeng untuk mengambil dan memakai semula helmet tersebut.. hahaha.. jahatnye aku!! sori che! den kitorang gerak+ sesat + tunggu nadh + bla..bla.. finally sampai juge ke TAMAN REKREASI GUNUNG LANG.

seterusnya tengok gambar je yek! hehe



Hoyeayhh!!! beginilah wajah-wajah gembira kami! hehe

Monday, November 8, 2010

nak jiwang sat na~

wohoO.. seryesly most of them memang betol. so, check it out guys!! especially to whom yang dah ade special girlfrendla.. sendiri pandai pahamlah yek bro~ huhu..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


p/s : credit to mtd kota lama.. hehe.. aku copy paste jek. so, bagi menambahkan tahap ke'lonely'an aku yang sedih xdapat kawen awal, terimalah lagu ini... cewahh!!!


esok exam.. layan feel dulu :)

hahaha.. esok nak pekse mek oi!! 8.30 pagi hokey. ko hengat dengan menguplod lagu ini dapat meyakinkan pemeriksa bahawasanya ko sedang sedih dikala ini kerana HOUSEMATE KO SUME XABES2 BACE BUKU EVEN KO RASE CAM SUME BENDE KO DA BACE TAPI TAK SEMUA MASOK PALOTAK??!!! hahaha.. okey, aku seryes STRESSS!! so korang yang bace blog ni pon kene stress memikirkan apekejadahnye kaitan video sedih ni ngan stress nak exam aku.. haa.. FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Sunday, November 7, 2010

lagi untuk omma!!

ini ialah muvimaker tentang kasih ibu.. assigment bm aku wo sem lepas.. haha.. khas untuk tntonan di blog ini yek!


selamat harijadi mak!!!

selamat hari jadi.. selamat hari jadi.. selamat hari jadi emak.. selamat hari jadi
today is my beloved mum's 58 yo birthday.. cant explain how much i miss her.. how much i love her.. and how much she love me.. hahaha.. bia ah! tadi pukul 11.58 aku kol r ayah sebab enfon mak kalo kol pon tak tentu bawah katel or kat dapo or kat dalam bilik adik aku.. punyelah nak jadik anak 1st yang wish daripada 9 anak yang lain, aku sanggup mempercepatkan waktu mengewish sekaligus membuktikan kat semua orang bahawa kali ni aku ingat sendirik birthday mak tanpe pertolongan ingatan daripada kakcik (semua adik beradik hanya mengharapkan kakcik untuk inform birthday sape2 sebab dye jek concern lebih sket,, hakhak).

si reminder tarikh lhir.. harini orang xperlukan kakcik ah! hahaha

ok, dipendekkan citer, time aku kol tu bapak aku hangkat. tapi dye suh kol 2 minit lagi sebab 'heishh.. mane boleh ko nak lawan bapak ko.. dye suami mak hokey!'.. so, aku pon bagi chance la both of them nak bermanje2 sebelum mengekol lagi sekali dan yeayhh!!! aku tetap menjadi anak pertama yang wish!! hahahaha.. bangge2..

tak dijumpai gambar emak keseorangan kerana bapa kami sangat manje dengan emak.. ye, beliau yang bermanja dengan emak.. huhu.. loike~

so, kesimpulannya, aku sayang giler kat mak aku walaupon ramai kawan2 aku yang jeles kate mak aku xsayang aku.. 'cehh.. cilakak korang'.. aku hope mak aku dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk lebih beribadat, menjadi isteri yang solehah, menjadi ibu yang mithali dan berjaya mencarikan jodoh untuk aku! ok, ini harapan untuk diri sendiri sengaja selitkan untuk korang aminkan.. haha.

p/s: seryes aku nak balik rumah skarang!! waaa.. SAYANG MAK!!!

anis, jangan pindah rumah ek!




assalamualaikum..
kehadapan housemateku farhanis.. tolonglah jangan pindah dari rumah ni yek. ye, aku tau ko memang xde rase nak pindah sebab nanti rindu kat sedawe aku, kat angin che, kat drama queen nadh, kat madu ko azah dan juga kat hantupengakap cika.

anis,
nanti mesti aku rindu kat semua karangan2 kau seperti dialog berikut:

peristiwa 1:

cikin: anis, kat rumah ko ade astro citra?
anis: tulah, dulu ada tapi dah jual. mak aku baya lagi tiap2 bulan.
cikin: errkkk??
anis: ko cakap pasal kereta naza citra kan?

peristiwa 2.

nadh: anis, katmane tempat yang best nak pegi kat kedah?
anis: muzium.

peristiwa 3.

cikin: anis, camane nak ilangkan rase nak makan nasik ek?
anis: lakukan hobi yang kita suka dengan rasa riang dan ceria.

peristiwa 4:

(kitorang baru balik makan dalam masa setengah jam dan anis beli beger ikan)
azah: anis, dah nak makan beger ke?
anis: ala, nak cekopek ikan ni skit2 je.. xabes punye.. percayelah
azah dan seluruh rumah:ok!

peristiwa 5:

(setelah kami semua menggelakkan anis yang keluar tajuk)
nadh: anis study ke?hohoho
anis: dahlah, pegi muzium padi sane.


anis,
sebenarnya banyak lagi keletah ko yang membuatkan kitorang gembira. ni blom lagi sebut pasal penghayatan ko dalam membawakan watak seorang ibu kepada 4 orang anak dan mempunyai madu yang tinggal serumah. kadang2 aku rase macam bapak aku btol2 kawen dengan ko..

anis,
dalam 2taun ni ko jangan pindah rumah ek! pastu time aku balik kampong ko ikot jela aku.. aku xtau camana idop tanpe ko disisi waima satu hari.

anis,
sekian saja surat aku untuk kau pada hari ini. akhir kata, makan jelah beger ikan tu sampai abes. kami xkesah. sampaikan salam kami kepada once..

sekian,
cikin baby cute

p/s: anis jangan marah yek, ni letak gambo cantek deh!

saye sayang anis!!!

simple plan save you lyrics

dats my wish~

Saturday, November 6, 2010

aku teringat beliau.. haha

honestly aku xpenah tau langsung pasal SDO.. tapi beliau r yang dah pro maen bendealah ni.. aku try2 r jugak cam nk involve dalam gem ni tapi dek kerana xtau cara nak maen plus xktreatif plus malas acely so aku juz join je page dye kat fesbuk. den tetibe bukak youtube ternmpaklah pule video ni..

so, nak bagitahu disini.. hello.. saye dah tahu camne nak maen bende ni lah.. huhu

HARINIDALAMSEJARAH

ok, harinidalamsejarah adalah kisah hati kering aku dan si hantu pengakap yang bersama-sama menempuhi ranjau kehidupan sebagai seorang gadis tanpe lesen penuh. dengan hanya berbekalkan lesen L di motoku, kami terus bertawakal ke atas Ilahi agar diberikan rahmat supaya segala jenis polis didunia ni tak tahan kami sepanjang perjalanan membeli tiket balik kampong yang last2 tinggal 4 keping jek syukur Alhamdulillah sementelah pula aku nak test jpj next year (baca dalam sekali nafas).

sepanjang perjalanan ke medan gopeng, kami telah melalui jalan shortcut yang aku rase lgi jauh acely bagi mengelakkan dari ditahan roadblock. daya keyakinan diri yang tinggi yang ada pada sihantupengakap memang buat aku kagum tapi ade mase jelah.,. tadi cam nak tersesat jugak kalau aku xbagi pertolongan ingatan.. hahaha.. aku suke puji diri sendiri. setibanya kami disana, bendalir adrenalin aku mencanak naik peratus kecuakannya apabila melihat seorang polis begitu asyik melihat punggung..motoku yang berlabel L. tapi tak mengapa, penuh dengan kekonfidenan kami terus ke kaunter tiket dan berjaya membeli tiket.. OMG terharu2!! setelah selesai membeli tiket, kami pon bergegas berlari2 anak untuk pulang.. ke GREENTOWNMALL pule.. haha.

oh tidak2, kami xsegembira ini

ok, part ni aku nak citer banyak. korang bayangkanla, dengan lesen L, hangkut pulak budak kecik kat belakang kalo kene tahan polis memang boleh kene tahan 3 taun lesen L aku ko tahu?! kang dari sedap2 aku tunggu bulan januari untuk meriak diri tup2 pegi ke bulan januari 2013.. memang aku bunuh cika, seryes. so kami sekali lagi hati kering (cika memang r hati kering, lesen aku) dan terus bajet tau jalan menghala ke GM. choii.. sesat dowh! tambah pulak ade 1 kete polis asyik ronda2 kat kitorang. aku rase ade dalam 3 kali jugakla aku buat2 masuk jalan dalam konon2 nak g kedai, tapi bile keluar jalan utama still polis2 tu kat tempat yang sama dengan kitorang..cett. so, cika dengan penuh rase bijak+cuak ecely g suruh aku cabut L aku.. aku yang tengah blur2 bangang pon bior jela die buat apepon sebab dalam palotak aku memang dah kire duet denda rm300 kene tong2 2 orang r. haha.. dan part paling best ialah, apabila kami keluar sahaja dari belakang kedai yang aku rase dah cukup strategik tu secara semulajadinya kereta polis tu lalu depan kitorang dan ketika itulah kaki aku dah stat shaking2 oh bebeh.. tapi berkat doa naek kenderaan yang aku bace sepanjang perjalanan dari kedai saloma akhirnya kami hanya dipandang sebelah mate oleh polis2 yang baik hati itu.. oyeah!!!

kalau polis tu naek vespa seryes aku yang berenti mintak sign..

den kami mangalami sesat hampir 20 minit sebelum sampai di GM. main point aku ialah untuk membeli cerminmateOMGoldskulakusukegile!.


inilah cerminmatenye.. haha

walaupon housemate2 aku kate membazir tapi aku tetap tabahkan hati dengan memasang niat bahawa cerminmate ini ialah hadiah harijadi untuk diri sendiri.. haha.. geli dowh ayat nak senangkan hati. so, itu sahajalah kisah hidup harini. just sebab termimpi2 cerminmate tu aku sanggup heret sihantupengakap untuk beli menatang ni dan habeskan rm18.90. eh, blom abes cter.. time kul3 kitorang g surau sat nak solat zuhur. pastu cika yang sembahyang xberapa khusyuk sempatla terdengar2 ade 2 orang makcik cter pasal suami nak kawen laen. umur lebih kurang sebaya bapak aku ko tahu.. kecian gile. so, sorang makcik yang bagi nasihat ni pon sempat berkata "xpelah kak, jika kita bersabar dalam menghadapi dugaan, InsyaAllah kita beroleh pahala".. perghhh aku bagitau.. gaya percakapan seryes shit cam ustazah bahiyah wey!aku yang tgh solat pon rase cam nak ternanges.. huhu.. so aku ngan cika pon diskus2lah sket pasal makcik tu dan kesimpulan yang cika buat sendiri ialah makcik yang bagi nasihat tu ade belajar dan ade sixsense.. itu kesimpulan dye r.. haha..


aku lupe amek kontek num makcik tu.. mane tau bleh buat buku camni gak

den kami pon baliklah ke rumah dan terpaksa pusing ke laluan yang agak gile ba jauhnye sebab rumah yang btol2 kat jalan utama nak masuk rumah kitorang buat roadblock sebab anak dye kawen.. kami sempatlah juga pergi ke kedai apek untuk membeli sticker L yang baru..


sticker L yang baru dibeli

sekian sahaja diari untuk harini.. nikmatilah wajah2 gembira aku setelah membeli cerminmate baru ini.. hoho



peace ayah, jangan kate cikin mebazer tau.. cikin beli hadiah birthday diri sendiri ni.. hoho


p/s: penat dowh taip satu hari punye cter.. camne orang laen boleh update blog hari2 hah??


curious

Thursday, November 4, 2010

Ya Allah..

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

p/s: credit to buayamerahblogspot

oh papa, SAYA MAHU KAWEN



wahai warga malaysia sekalian, dengarlah rintihan hatiku ini.. AKU NAK KAWEN WEH!!!! waaaa... seryesly sekarang jembalang mane entah dah rasuk tubuh mungilku ini hinggakan aku jadik tak menyabor+gatei nak berlaki.. ini bukan kes biase.. ini kes berat gile ba ko tahu?! dolu2 time kakcik aku umo 21 dye ade cter dye nak kawen sesangat tapi aku kate dye gatei bebeno.. den tup2 aku plak rase nak kawen. pastu bile skarang cter kat housemate2 bengong sekalian rupe2nye masalah dyorang lg besau dari aku.. kalau nak tau masalah ape, rujuklah hasiltulisanmuchunadhini..

ok, honestly aku jeles sangat kat kapel2 yang dah kawen yang ade video sal wedding dyorang.. aku jeles.. aku jeles.. JELES!!! aku pon dah plan, nanti kawen aku nak pkai baju ikot otak gaye oldskul den konvoi vespa ade tarian style 60-80an +sume mesti pkai spek yang cara. gile konfem video aku paling unik+gile+xpenah orang uat.. hahaha.. aku admire time kawen nak pakai ghope ini...


konfem bapak aku rejek tapi aku mahu juge!! plusss...


cermin mate oldskul yang gile cara.. aku nak pi GM sebab dah nampak satu.. haha

dah abes bab kawen pastu smlam pegi usya blog mukhriz latif pasal anak bliau lagi aku jeles. skarang aku rase nak ade anak pule.. aku nak anak ramai gile cam family duggar..

OMG,. seryes aku xtipu korang. tapi da main problem dis day ialah.. AKU NAK KAWEN NGAN SAPE??!!!! huhuk.. member2 aku yang baik hati nak menolong carikan husband punyelah sampai tolong usyakan apek jual enset, nak carikan ustaz alim2, ex-bf dyorang, cikgu yang salah add kat fesbuk etc.. etc.. etc.. tapi last2 aku pikirkan, aku nak suh bapak aku carikan r.. mane tau dapat cekup cucu2 orang kampong yang stylomylojiwamudamudiretroklasik same cam aku.. hihi (gelak manje).. korang doakanla aku berani kobar ke bapak aku ek!

p/s: agak2 kalau aku kobar ke bapak aku time cuti ni, next sem aku blaja kat maktab lagi x?

yela2, den jawab pop kuiz ini! haha

si psychomantiss a.k.a extra tutt telah mengetag aku untuk soalan2 sentimental ini. bagi mengelakkan beliau memberikan mimpi ngeri tentang tutt beliau, maka aku perlulah menjawab soalan2 ini dengan honestnye.. cewahhh gitu u!

1.
Apa benda paling penting dalam hidup korang?
keluarga, sahabat handai bahkan rakan taulan.

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
cheese bun kat jusco (aku xkonfem duet elaun ke duet pow bapak aku.. yang konfem sohih bukan duet aku)

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
rumah bapak den.. klassik.. aku nk konvoi vespa+pakai baju kurung xmo mekap xyah sanding+buat pangkin suh sume makan bersile+ tema retroagogojiwamudamudi

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
x.. so korang carikan r cepat jejaka korea gilehensembijakkayeberimansenangbawakbertobat yek!

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
ko bagi r dulu kekasih.. baru r aku tau..

6. Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
kalau ade myb kat autoshow classic vehicle kat KK kot.. hakhak

7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
majalah WANITA yang bienda kawen.. tapi cam biase aku tukang beli tapi orang terakhir bace.. cett..

8. Apakah nama penuh korang?
norasyikin haron (ni termasuk dalam kerahsiaan maklumat x?)

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
oi2, soalan kuajak ni.. xde salah sorang xde r aku.. so dose berat sebelah.. both of them telah bekerja keras untuk dapatkan aku tau! i lap u omma, appa!!!

10. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
seryes shit ak xcukup mase nk pike skunk.. nak mandi ni weh.. hahaha

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
hallo.. hari2 ok! abes ko ingat buat ape aku beli sabun cucian wangihebatextravaganza DAIYA tiap2 minggu kt giant nu..


12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
aku xhipokrit. mekah gak same cam teha.. dan ye juge dalam tabung haji ade rm10 tanpe penambahan selame 2tahun. haipp!


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
nak dua2.. xkesah..

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag..
-extra tuuttt
- hebat dalam menggayakan mulut seperti unta
- PENGKHIANAT!!! hahaha

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup
  • sweater bundle
  • kasut raye ayah bagi
  • laptop kududku
  • moto ayah bagi
  • lesen L aku yang cam haram xganti2 P

16.
Lagu yang paling suka dan selalu dengar
canon r.. abang saidi slalu maen + aku dah cop dye wajib maen time aku kawen.. hua3

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
12 oktober 1989.. kat mane clebrate aku lupe r.. tapi taun ni kt MCD tambun r.. usya fesbuk..

18. 5 rakan blogger yang korang nak tag :
xbanyak pon aku tau.. haha.. layannn...
haikal
izyan
aziani
hapis