Sunday, February 27, 2011

program diet tergendala

ye kawan-kawan, baru je aku post entri pasal hilang 2kilo lepas tak makan nasik 2 minggu. ye, saaangaaaattt baru lagi. rase macam masih terase jari jemariku menaip dengan senyuman lebar di muke dan perasaan bajet akan kurus dengan cepat. 

tapi harini gile dem dye punye plan. hancor, lebor, kuciwa, gelita, kamtumi. waaa!!! maruah program diet harini telah tercalar 'bagaikan menconteng arang di muke' stat bangkit tido tengahari bute tadi. jiran tercinta iaitu cik iza telah meminta kami serumah bersiap sedia menyarung baju kurung untuk makan kenduri di rumah jiran belakang. oohhh... aku taknak ikot. mane boleh, nanti tergode tengok nasik. so, aku kuat.. tak ikot.

...... tak sampai 5 minit, aku dah siap pakai baju kurung dengan tudung instant. TAK ELOKLA RUMAH JIRAN BUAT KENDURI KO TAK TUNJUK MUKE WEH!!!! huhuuukk.. dalam hati kuat menegaskan bahawe aku akan TENGOK sahaje orang makan. JANGAN amek pinggan. DUDUK dan TENGOK ORANG MAKAN diam-diam. tapi... DEM sungguh bile hosmet aku hulur pinggan sambil berkate, 'makanla nasik suku je'. lebih menyayat hati ialah, aku amek pinggan berkenaan. AKU AMEK PINGGAN PASTU UBUH NASIK DAN PELBAGAI LAUK WEY! nasik memangla ubuh suku, masalahnye lauk semua berkalori. dengan rendang daging, ayam goreng, sambal petai, air sirap lagi. aku kalah.. tapi aku makan dengan muke nak nanges. seryes. siap makan aku lagi nak nanges. waaaa!!!!!

balik rumah dalam keadaan  muram dan teros tido adalah salah satu aktiviti yang boleh menambah semula 2kilo yang hilang itu. syabas mere bete.. syabasss. pahtu bangun tido dalam keadaan lapar semula sambil mengunyah biskut weetameal beberapa ratus keping... tahniah. pastu tadi lepas maghrib pegi makan kat liswan dan tinggalkan bihun tomyam untuk kuetiaw kerang.. anda hebat. sekarang tengah down.. aku rase cam sia-sia plak usaha selame ni (bayangkan aku main biola dengan muzik sedih mengiringi pembacaan korang). 

so, esok memang kene gagah balik diet. stat bali bekpes cornflakes. harus gagah balik awal kat rumah semate-mate elakkan teman dyorang makan nasik bawah pokok. harus hebat menahan loya makan bihun tomyam pada petang hari. juge harus mencari buah sebagai kudapan dikala lapa. harus..harus.. HARUS!!!

p/s: minggu depan nak g giant, try balik baju yang tak muat setengah inci tu. kalo tak muat lagi aku gigit akak kedai tu.


No comments:

Post a Comment