Saturday, November 6, 2010

HARINIDALAMSEJARAH

ok, harinidalamsejarah adalah kisah hati kering aku dan si hantu pengakap yang bersama-sama menempuhi ranjau kehidupan sebagai seorang gadis tanpe lesen penuh. dengan hanya berbekalkan lesen L di motoku, kami terus bertawakal ke atas Ilahi agar diberikan rahmat supaya segala jenis polis didunia ni tak tahan kami sepanjang perjalanan membeli tiket balik kampong yang last2 tinggal 4 keping jek syukur Alhamdulillah sementelah pula aku nak test jpj next year (baca dalam sekali nafas).

sepanjang perjalanan ke medan gopeng, kami telah melalui jalan shortcut yang aku rase lgi jauh acely bagi mengelakkan dari ditahan roadblock. daya keyakinan diri yang tinggi yang ada pada sihantupengakap memang buat aku kagum tapi ade mase jelah.,. tadi cam nak tersesat jugak kalau aku xbagi pertolongan ingatan.. hahaha.. aku suke puji diri sendiri. setibanya kami disana, bendalir adrenalin aku mencanak naik peratus kecuakannya apabila melihat seorang polis begitu asyik melihat punggung..motoku yang berlabel L. tapi tak mengapa, penuh dengan kekonfidenan kami terus ke kaunter tiket dan berjaya membeli tiket.. OMG terharu2!! setelah selesai membeli tiket, kami pon bergegas berlari2 anak untuk pulang.. ke GREENTOWNMALL pule.. haha.

oh tidak2, kami xsegembira ini

ok, part ni aku nak citer banyak. korang bayangkanla, dengan lesen L, hangkut pulak budak kecik kat belakang kalo kene tahan polis memang boleh kene tahan 3 taun lesen L aku ko tahu?! kang dari sedap2 aku tunggu bulan januari untuk meriak diri tup2 pegi ke bulan januari 2013.. memang aku bunuh cika, seryes. so kami sekali lagi hati kering (cika memang r hati kering, lesen aku) dan terus bajet tau jalan menghala ke GM. choii.. sesat dowh! tambah pulak ade 1 kete polis asyik ronda2 kat kitorang. aku rase ade dalam 3 kali jugakla aku buat2 masuk jalan dalam konon2 nak g kedai, tapi bile keluar jalan utama still polis2 tu kat tempat yang sama dengan kitorang..cett. so, cika dengan penuh rase bijak+cuak ecely g suruh aku cabut L aku.. aku yang tengah blur2 bangang pon bior jela die buat apepon sebab dalam palotak aku memang dah kire duet denda rm300 kene tong2 2 orang r. haha.. dan part paling best ialah, apabila kami keluar sahaja dari belakang kedai yang aku rase dah cukup strategik tu secara semulajadinya kereta polis tu lalu depan kitorang dan ketika itulah kaki aku dah stat shaking2 oh bebeh.. tapi berkat doa naek kenderaan yang aku bace sepanjang perjalanan dari kedai saloma akhirnya kami hanya dipandang sebelah mate oleh polis2 yang baik hati itu.. oyeah!!!

kalau polis tu naek vespa seryes aku yang berenti mintak sign..

den kami mangalami sesat hampir 20 minit sebelum sampai di GM. main point aku ialah untuk membeli cerminmateOMGoldskulakusukegile!.


inilah cerminmatenye.. haha

walaupon housemate2 aku kate membazir tapi aku tetap tabahkan hati dengan memasang niat bahawa cerminmate ini ialah hadiah harijadi untuk diri sendiri.. haha.. geli dowh ayat nak senangkan hati. so, itu sahajalah kisah hidup harini. just sebab termimpi2 cerminmate tu aku sanggup heret sihantupengakap untuk beli menatang ni dan habeskan rm18.90. eh, blom abes cter.. time kul3 kitorang g surau sat nak solat zuhur. pastu cika yang sembahyang xberapa khusyuk sempatla terdengar2 ade 2 orang makcik cter pasal suami nak kawen laen. umur lebih kurang sebaya bapak aku ko tahu.. kecian gile. so, sorang makcik yang bagi nasihat ni pon sempat berkata "xpelah kak, jika kita bersabar dalam menghadapi dugaan, InsyaAllah kita beroleh pahala".. perghhh aku bagitau.. gaya percakapan seryes shit cam ustazah bahiyah wey!aku yang tgh solat pon rase cam nak ternanges.. huhu.. so aku ngan cika pon diskus2lah sket pasal makcik tu dan kesimpulan yang cika buat sendiri ialah makcik yang bagi nasihat tu ade belajar dan ade sixsense.. itu kesimpulan dye r.. haha..


aku lupe amek kontek num makcik tu.. mane tau bleh buat buku camni gak

den kami pon baliklah ke rumah dan terpaksa pusing ke laluan yang agak gile ba jauhnye sebab rumah yang btol2 kat jalan utama nak masuk rumah kitorang buat roadblock sebab anak dye kawen.. kami sempatlah juga pergi ke kedai apek untuk membeli sticker L yang baru..


sticker L yang baru dibeli

sekian sahaja diari untuk harini.. nikmatilah wajah2 gembira aku setelah membeli cerminmate baru ini.. hoho



peace ayah, jangan kate cikin mebazer tau.. cikin beli hadiah birthday diri sendiri ni.. hoho


p/s: penat dowh taip satu hari punye cter.. camne orang laen boleh update blog hari2 hah??


curious

3 comments:

  1. ir: buleh2.. sile hadir ke rumah ye.. bawak rm5o sekali.. sewa harian.. haha
    wak: moto aku r.. skali cika cabut btol2 L aku.. blom tampal baru g ni.. haha

    ReplyDelete